|
Latihan perisian Mathematica secara hands-on selama dua setengah
hari telah diadakan pada 27-29 April di Bilik Stesen kerja,
Laboratori Pengajian Teori. Penetapan peserta latihan seramai 10
orang terpaksa diubah pada saat-saat akhir kerana terdapat
beberapa pelajar daripada fakulti yang ingin turut serta.
Peserta terdiri daripada penyelidik bersekutu, pegawai sains dan
juga beberapa orang pelajar. Tenaga pengajar untuk latihan
tersebut ialah Encik Mehrdad J.Gangeh daripada Universiti
Multimedia, Cyberjaya. Latihan Basic & Intermediate Course
Outline for Mathematica merangkumi beberapa topik seperti
Pengenalan dan Asas Mathematica, Communication with Mathematica,
List, Tables, Vectors and Matrices, Numerical Calculation,
Algebra, Calculus, 2-D Plotting, 3-D Plotting, Text & Document
Features in Mathematica dan juga Image Manipulation in
Mathematica. Tutorial juga disediakan supaya peserta lebih
memahami topik-topik yang telah dipelajari. Daripada latihan
tersebut, peserta dapat melihat keupayaan Mathematica untuk
menyelesaikan masalah matematik dalam pelbagai bidang. |
|